Monday, June 18, 2012

Tabung simpanan dan tabung hiburan adalah berbeza




Adakalanya kita perlu mengupah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengupah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.
Apa yang penting adalah upah yang diberikan perlulah dalam kemampuan kita. Jangan pula sebagai contoh, pencapaian kita dalam perniagaan mendapat RM10,000, kita upah diri sehingga RM8,000 atau lebih pula!
Di sini pengurusan kewangan adalah penting. Apabila mencapai target kewangan kita, ketepikan 5-10% untuk tabung 'hiburan' kita (setelah diletakkan 10% dalam tabung simpanan!)
Pembahagiannya adalah: 10% Simpanan (jangan di sentuh), 5% hiburan dan bakinya untuk sara diri dan keluarga termasuk derma dan kebajikan!
Tabung hiburan adalah untuk kita mengupah diri kita sendiri. Manakala tabung Simpanan adalah untuk kita simpan wang kita untuk masa depan- jangan di sentuh! Sesekali, kita perlu mengupah diri kita sendiri juga untuk memberi semangat dan motivasi mencapai lebih tinggi!
-- Irfan Khairi

Wednesday, June 6, 2012

Usahawan yang tidak jujur!


Beberapa hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor. So, saya tanya brother tu:
 
"Rangup tak keropok ni?"

Jawabnya: "Memang rangup... baru saja goreng!"
 
So, saya pun beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat... sejuk pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah kisahnya peniaga yang tidak jujur. 
 
 
Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.
 
Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.
 
Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!
 
Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur. 
 
Rasulullah mula berniaga pada unur 12 tahun. Sifat Rasulullah saw seorang yang amat jujur dalam perniagaan sehingga digelar Al-Ameen. Jujur dalam perniagaan itu adalah kunci kejayaan perniagaan yang di ajar oleh Rasul kita.

-- Irfan Khairi

Kena kritik... apa nak buat? Kena sindir... apa nak buat?



Sebelum ini banyak tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan... tiada keyakinan diri... dan sebagainya.


Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.
Stressnya bila kena kritik dan sindir!




Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga.
Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.

Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!

Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!
Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang
-- Irfan Khairi