Beberapa hari lepas, saya
mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang rangup (crispy). Terjumpa
satu gerai brother ni menjual keropok lekor. So, saya tanya brother tu:
"Rangup tak
keropok ni?"
Jawabnya:
"Memang rangup... baru saja goreng!"
So, saya pun beli. Dalam
kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat... sejuk pula tu (kalau baru
goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah kisahnya peniaga yang tidak
jujur.
Walaupun RM2.00 sahaja
keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang
pelanggan seumur hidup.
Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.
Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin
membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan sudah RM8.00. Setahun sudah
RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang
sama, sudah kerugian RM2,880!
Mungkin anda juga pernah
terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur.
Rasulullah mula berniaga
pada unur 12 tahun. Sifat Rasulullah saw seorang yang amat jujur dalam
perniagaan sehingga digelar Al-Ameen. Jujur dalam perniagaan itu adalah
kunci kejayaan perniagaan yang di ajar oleh Rasul kita.
-- Irfan Khairi