Sebelum
ini banyak tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti
takut kegagalan... tiada keyakinan diri... dan sebagainya.
Tetapi
ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan.
Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain
terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya
dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga
sendiri.
Stressnya bila kena kritik dan sindir! |
Kritikan dan sindiran pada asasnya
datang dari zon selesa juga.
Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling
juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka
pula. Mereka seakan "tidak selesa" oleh kerana kita berusaha untuk
berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah
semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada "zon selesa" mereka iaitu tidak
berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!
Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir
anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam
hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda
adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas
memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai
kejayaan!
Kan saya kata, untuk berjaya bukanya
senang
-- Irfan Khairi