Tuesday, May 22, 2012

Latar Belakang Perniagaan

Bahagian ini mestilah menjelaskan bila dan kenapa perniagaan ditubuhkan dan bagaimana ia telah berkembang serta apakah visi untuk masa hadapan. Ia juga mestilah menunjukkan pencapaian objektif masa lampau dan menyampaikan imej yang ingin ditonjolkan dalam pasaran. Maklumat yang perlu dijelaskan di dalam bahagian ini termasuklah:

1) Nama perniagaan
2) Alamat Tetap perniagaan
3) No. Telefon
4) Taraf pendaftaran
5) Tarikh pendaftaran perniagaan
6) No. pendaftaran
7) Jenis pendaftaran
8) Modal asal
9) Tarikh mula berniaga
10) Lain-lain lesen
11) Nama bank
12) No. akaun bank

Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan RP adalah penting bagi sesebuah perniagaan. Biasanya RP ini disediakan dengan tujuannya supaya:



1) Usahawan dapat melihat sendiri dan menilai idea atau projek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, kritikal dan praktikal.

2) Dapat memberi gambaran sama ada projek yang dirancang berdaya maju atau tidak.

3) Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik. 

4) RP boleh diumpamakan sebagai peta perjalanan yang memberi garis panduan tentang perjalanan untuk menuju ke destinasi tertentu. Ia memberi maklumat terperinci dan menerangkan setiap langkah yang harus diambil.

Monday, May 21, 2012

Rancangan Perniagaan

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, aktiviti-aktiviti berikut perlu diambil kira:


1) Jenis perniagaan yang diceburi
2) Nama perniagaan, lokasi dan alamat perniagaan
3) Tarikh perniagaan mula beroperasi
4) Visi, misi dan objektif perniagaan
5) Carta organisasi perniagaan

Carta organisasi perniagaan yang membuat kerepek